Tuesday 29 August 2017

Lawatan Penandaarasan Di Perpustakaan Perubatan UKM, Kuala Lumpur.

Pada 29hb Ogos 2017, pihak Perpustakaan Kampus Sungai Buloh telah mengadakan lawatan penandaarasan di Perpustakaan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur. 

Lawatan penandaarasan ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi amalan terbaik yang boleh dipraktikkan. 


Lawatan penandaarasan diketuai oleh Pn. Rohana Mat Noor, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, barisan Pustakawan, En. Shahrani Abdul Manaf, Pn. Subha Ismail dan Cik Wan Rohani Wan Chin. 

Lawatan ini juga disertai Pembantu Pustakawan iaitu En. Muhammad Hazry Yunus dan En. Zulkifli Yusof. 







No comments:

Post a Comment