Wednesday 1 August 2018

Pelajar Praktikal

Assalamualaikum dan selamat pagi . . .
Pada 1hb Ogos 2018, PTAR KSB telah menerima seramai 3 orang pelajar praktikal baharu iaitu;

1. Ahmad Zulkarnain Ehsan Bin. Mohd Zawawi (2015634722) dari UiTM Kampus Rembau
2. Nurulain Najwa Binti Muhammad Hashim (2015686322) dari UiTM Kampus Rembau
3. Nurul Atiqah Binti Tahir (2015287764) dari UiTM Kampus Puncak Perdana




Selamat menyusun buku.👍  Ambik kesempatan sepanjang tempoh menjalani latihan industri ini untuk fahami bukan sahaja mengenai apa yang kalian belajar di dalam kelas, tetapi dalam pada masa yang sama belajar mengenai dunia pekerjaan. InsyaAllah anda semua adalah bakal pegawai nanti. Amin.




Satu sahaja saya nak pesan, pegang konsep ini. 😄
Kalian yang memohon untuk menjalani praktikal disini, bukan tempat ini yang menghantar surat mempelawa kalian datang. Oleh yang demikian, carilah ilmu sebaik mungkin, kerana ilmu yang ada disini datang dalam bentuk kerja yang mana tidak akan datang sendirinya kepada kalian jika kalian tidak mencari, bertanya dan bergaul.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan industri dengan jayanya.